Selasa, 1 Oktober 2013

LAPORAN AUDIT NEGARA: KEGUNAAN PESAWAT POLIS BERBANDING KOS PENYELENGGARAAN TAK MEMADAI

Pasukan polis memperolehi lima buah pesawat Beechcraft King Air 350 dengan kos US$58.25 juta (RM175.24 juta) untuk kegunaan unit udaranya.

Pesawat berkenaan bertujuan untuk menaiktaraf keselamatan udara negara.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kegunaannya, sebuah daripada pesawat berkenaan tidak dibenarkan terbang dalam tempoh lapan bulan, di antara September 2011 hingga April 2012.
NONESebuah lagi tidak boleh digunakan di antara Jun dan November 2012.

Hanya tiga buah daripada lima yang dipesan itu telah diterima setakat ini.

Projek itu dianugerahkan selepas rundingan terus dengan Hawker Pacific Airservices Ltd, melalui ejennya, EZ Aviation Sdn Bhd.

Kementerian dalam negeri melaporkan bahawa pesawat berkenaan tidak dapat digunakan kerana peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Ia juga menyebut, Pasukan Gerakan Udara akan menggunakan bahagian pesawat yang tidak digunakan bagi alat ganti untuk pesawat lain.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut, kesemua pesawat pasukan tersebut sepatutnya berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan setiap masa.

Ia turut menemui kelemahan dalam proses penyediaan dan perancangan, yang menyebabkan unit berkenaan terpaksa bergantung kepada syarikat swasata bagi penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara menyarankan agar tindakan segera diambil bagi memastikan unit berkenaan menjadi organisasi yang dapat menyelenggara pesawatnya sendiri berdasarkan piawai yang ditetapkan.

Ia turut mendapati tiga pesawat berkenaan hanya merekodkan penerbangan selama 43 jam untuk memantau jenayah dan 89 jam untuk ketenteraman awam antara 2010 hingga 2012.

Ia didapati lebih banyak digunakan untuk sokongan operasi dan latihan, masing-masing melibatkan 2,223 jam dan 672 jam.
Jumlah masa ini didapati tidak memadai dengan tujuan pembelian dan penyelenggaraannya, menurut laporan itu lagi.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapannya menyebut, kewangan unit udara tersebut terhad dan ia mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM194.75 juta untuk penyelenggaraan pesawat berkenaan pada November 2012.

Laporan Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar juruterbang dan jurutera disediakan secukupnya untuk mengendalikan pesawat terbabit bagi memastikan ia digunakan dengan optimum.

LAPORAN AUDIT NEGARA: PERBELANJAAN KBS UNTUK HARI BELIA 2012

Laporan Audit Negara semalam menyatakan perbelanjaan yang digunakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan adalah tinggi dan tidak mematuhi peraturan perbelanjaan berhemah yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga membuktikan apa yang dimaklumkan oleh pihak kementerian pada pada tahun 2012 berhubung perbelanjaan pembayaran artis K-Pop yang dijemput untuk program berkenaan kononnya dibayar oleh pihak tertentu dan bukannya wang dari kementerian. Malah jumlah wang yang dinyatakan juga berbeza iaitu pada tahun 2012 sebanyak RM 900,000.00 tetapi dalam laporan audit negara meningkat kepada RM 1.6 juta. Sesiapa boleh tolong jelaskan.
'
laporan Audit Negara


Kenyataan Akhbar KBS 2012

Isnin, 23 September 2013

PARAH: PELAJAR BELASAN TAHUN TERLIBAT DENGAN SEKS





sekadar gambar hiasan


Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya. 

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya. 

MUHASABAH DIRI: PETUA MANISKAN WAJAH




Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

BERITA: PELARASAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013/2014

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

LUCU: JAWAPAN KEPADA SURAT PERMOHONAN POLIGAMI

Kepada:

En. Md. Ali bin Abd Aziz

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu   mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

Yang ikhlas Menjawab,
Norihah bt Ali

LUCU: PEREMPUAN CUN

Sekumpulan Mat Rempit ternampak seorang  perempuan cun berdiri di tengah jambatan seperti nak bunuh diri. Dia orang pun parking la motor dia orang kat tepi dan cuba nak menolong.

Leader dia orang menghampiri perempuan cun itu dan bertanya, "Apa yang saudari cuba buat ni?"

"Saya nak bunuh diri", perempuan cun itu berkata.

Leader tak nak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan, jadi dia bertanya, "Saya tak dapat nak menghalang saudari, tapi memandangkan saudari dah nekad, apa kata saudari beri saya satu ciuman selamat tinggal?"

So perempuan cun itu pun bagi la french kiss yang kaw-kaw kat leader tu.

Dah siap cium, leader berkata, " Wow, best giler ciuman tu. Kenapa saudari nak bunuh diri?"

"Mak ayah saya tak suka saya berpakaian seperti perempuan".

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa mangsa mungkin ditolak jatuh dari jambatan itu.

LUCU: POLIGAMI

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."
Jemaah : "Wah, hebat ustazah!"
Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."
Jemaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."
Ustazah : "Yang penting........"
Jemaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"
Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya
Jemaah : @%!^*

Ahad, 22 September 2013

LUCU: JANGAN MINUM SUSU DALAM BAS

Semaun satu hari menaiki bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya namun anaknya menolak.
"Cepat minum, kalau adik tak nak minum mama bagi abang sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.
"Kalau adik tak nak minum mama bagi betul kat abang sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.
Semaun yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan.